Thursday 5 September 2019

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN



MPU 1152 :  PENGAJIAN MALAYSIA  1


NAMA KUMPULAN:

  • MEGAWATI BINTI HUSSIN     ( S01SSK18F048 )
  • WAN NURSAKINA BINTI JAMALUDIN   ( S01SSK18F061 )

NAMA PENSYARAH:

  • PUAN NUR ANGRIANI BINTI NURJA     






PENGHARGAAN:

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna .Kerja tugasan ini dapat saya laksanakan dengan sempurna.Hasil kerja ini adalah atas bantuan pelbagai pihak. Antara mereka  termasuklah orang perseorangan. Mereka dimaksudkan ialah rakan sekelas saya yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dalam kesempatan ini , saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nur Angriani binti Nurja pensyarah pembimbing saya kerana banyak membimbing dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi beliau tetap ada masa untuk bersama saya serta rakan-rakan dalam memberikan penerangan tentang kerja tugasan ini.

Akhir sekali , saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada kerja tugasan ini.




PENGENALAN:

Pemimpin yang hebat adalah pendorong yang bijak. Mereka memberikan inspirasi mengerah dan merangsang pekerja supaya mencapai prestasi yang cemerlang. Mereka tidak melibatkan diri dalam politik pejabat dan aktiviti yang tidak menyumbang kepada kejayaan organisasi. Pemimpin yang baik memastilah menyediakan platform yang sesuai untuk kaki tangan menyumbang idea-idea yang baik, dengan dengan menghebahkannya ke seluruh organisasi, serta memastikan idea yang baik dilaksanakan dengan segera dan memberikan penghargaan yang setimpal kepada penyumbang idea. Kesemua perkara di atas tidak akan tercapai jika pemimpin tidak memiliki teladan yang baik.

LATAR BELAKANG:

Pada 19 Mac 1983, konsep Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan. Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Kepimpinan Melalui Teladan adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. Ia selaras, seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur, Bersih, Cekap dan Amanah dan penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran.

MATLAMAT DAN USAHA DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN:


Keberanian adalah antara sifat dan teladan yang baik, yang sangat penting perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. Kebijaksanaan sahaja tidak memadai kalau tidak ada keberanian. Tugas utama pemimpin menentukan dan memastikan orang yang dipimpinnya melakukan kerja dengan baik dan sempurna.
Tanpa ketegasan dan desakan agar kerja dilakukan dengan sempurna, orang yang dipimpinnya tidak akan menghormatinya, malah mengambil kesempatan daripada ketidakberanian pemimpin mengawal mereka. Dengan kebijaksanaan pemimpin mengawal progres kerja secara diplomasi dan kesabaran, tetapi dengan keberanian pemimpin mengawal orang yang dipimpinnya secara mematuhi disiplin dan tindakan.


Bagi menunjukkan contoh teladan yang baik, pemimpin mesti mematuhi disiplin dan menghargai masa. Seorang pemimpin yang baik menjadi orang yang pertama sampai di pejabat dan orang yang terakhir keluar dari pejabat. Jika pemimpin mengharapkan orang yang dipimpinnya bekerja dengan bersungguh-sungguh, dia sendiri kena terlebih dahulu menunjukkan keseriusan dalam menjalankan tugas.Pemimpin bukan hanya menjadi pemerhati dan pemantau projek, tetapi pemimpin yang baik dia sendiri akan turut turun padang melaksanakan tugas. Bahkan untuk kerja yang lebih susah dan mencabar, pemimpinlah yang melakukannya dan menyelesaikannya hingga jaya.
Pemimpin juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat kerja dengan betul, jika pemimpin meringankan peraturan, semua orang akan melakukan perkara yang sama, malah mereka akan meremehkan dan memperlekehkan peraturan. Ingat fomular “Reset Minda”, ADA – BERI – DAPAT. Kalau kita sebagai pemimpin ada sikap yang baik, kita dapat memberikan kebaikan kepada orang yang dipimpin, dan kerana kebaikan kita, mereka akan membalas kebaikan kita, dengan bekerja bersungguh-sungguh dan berdisiplin mematuhi peraturan di tempat kerja.
Pemimpin mesti juga menghormati masa orang lain, jangan menganggap masanya sahaja yang berharga. Masa orang yang dipimpinnya juga berharga, kerana mereka memerlukan peruntukan masa mereka sendiri yang menjadi hak mereka untuk melaksanakan tugas khusus mereka. Pemimpin jangan mengambil terlalu banyak masa orang yang dipimpinnya untuk melaksanakan tugas yang bukan menjadi teras fungsinya. Contohnya, terlalu banyak mengadakan mesyuarat atau terlalu mengambil masa yang panjang dalam setiap kali mesyuarat, atau masa mereka banyak dihabis untuk memenuhi pemintaan pemimpin dalam hal-hal pengurusan pentadbiran, (melaksanakan tugas daripada arahan dari masa ke semasa). Hingga menjejaskan masa mereka melaksanakan kerja hakiki mereka, dan lebih buruk lagi jika terlalu mengambil masa rehat pekerja.
Pemimpin perlu tunjukkan sikap penyabar, jangan bertindak mengikut emosi. Jangan sesekali menyelesaikan masalah dalam keadaan kita sedang dalam emosi negatif, marah yang meluap-luap, dalam perasaan tidak tenteram, atau dalam perasaan sedih dan kecewa. Sebab EMOSI NEGATIF – RESPONS NEGATIF – TINDAKAN NEGATIF – HASIL KEHIDUPAN NEGATIF.
Teladan yang baik perlu tunjukkan oleh pemimpin adalah sikap bertimbang rasa dan jangan terlalu memaksa. Lebih baik membiarkan pekerja melaksanakan tugasan dengan secara rela dan bersemangat, daripada bertempik memarahi pekerja membuat kerja. Pemimpin yang baik hanya perlu memberikan arahan dan kawalan, tanpa salah menyalahkan antara satu sama lain dalam arahannya.
KESIMPULAN:
Pelaksanaan dasar adalah untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang sempurna . Pengalaman sejarah yang telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha memupuk perpaduan .Justeru itu tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun ,matlamat perlaksanaannya adalah bagi menjamin pengukuhan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan.  
SUMBER RUJUKAN:
  1. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/kepimpinan-melalui-teladan-1.36055
  2. http://tutorial2313.blogspot.com/2011/01/fw-kepimpinan-melalui-teladan.html
  3. https://www.slideshare.net/HALIFMS/10-dasar-dasar-kerajaan-malaysia
  4. https://www.slideshare.net/ideal90/penghargaan-17863469
  5. https://www.facebook.com/GengKartun/photos/a.108438642556553/697335357000209/?type=1&theater

LAMPIRAN / GAMBAR:

Image result for LAMPIRAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Tiada penerangan foto disediakan.

Tiada penerangan foto disediakan.